Cara untuk membuat Chicken Roasted / Ayam Bakar paling mudah tapi sedap

Cara untuk membuat Chicken Roasted / Ayam Bakar paling mudah tapi sedap. Cubalah.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 ekor ayam (dicuci bersih dan tak dipotong).
  • 1 biji bawang merah besar.
  • 6 ulas bawang putih.
  • 1 sudu lada hitam (yang biji).
  • 1 inci halia.
  • 2 sudu sos tiram.
  • 2 sudu sos cili.
  • 4 sudu kicap manis adabi.
  • 2 sudu kicap masin adabi.
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Hiasan: Potato potong 4 dan carrot.

Cara penyediaannya:

  1. Blenderkan bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam. Kemudian tuang ke dalam ayam dan tambah bahan lain iaitu sos tiram, sos cili, garam, gula.
  2. Gaul sebati dan tambahkan kicap manis adabi dan kicap masin adabi. Perapkan selama 30 minit nak bagi bahan menyerap ke dalam ayam.
  3. Letakkan ayam ke dalam tray pembakar. Cheyah ikat kaki ayam sikit tak nak bagi kangkang. Hehe
  4. Letakkan potato dan carrot tadi. Tuangkan air lebihan perapan ayam dan bakar selama 50 minit (suhu 180°c) bergantung pada oven masing-masing.
  5. Dah siap! Sedia untuk dihidang.
Baca juga :  Resepi Roti John bersama intinya yang sangat padu dan menyelerakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.