Cara untuk membuat Ayam Goreng Gunting yang Mudah

Ayam goreng gunting ni memang popular dan sedap. Mudah pula untuk membuatnya. Biasanya makanan ini selalu dijual dipasar-pasar malam. “Krup..krup” bila dia masuk dalam mulut.

Apa kata kali ni kita cuba buatnya sendiri berdasarkan resepi dan cara yang telah dikongsikan oleh Puan Salimah Olie ini. Terima kasih ya puan.

Bahan yang diperlukan dan cara untuk membuatnya:

  1. Isi dada ayam yang telah dileperkan.
  2. Tepung serbaguna bestari (biasa) dan ditambah dengan 1 sudu kecil soda bikarbonat.
  3. Telur ayam dicampur dengan sedikit garam dan dipukul manja.
  4. Golek isi ayam pada tepung, kemudian celup  dalam bancuhan telur dan golek semula pada tepung bestari tadi.
  5. Goreng dengan menggunakan minyak yang telah panas. Pastikan ayam tadi tenggelam dalam minyak anda (Deep fry).
  6. Bila dah masak bolehlah diangkat dan toskan minyaknya.
Baca juga :  Resepi Bihun Sup Mudah

Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.