Cara untuk membuat Bebola Ubi Keledek Ungu / Oren. Paling popular di Cameron Highlands.

Hasil ubi keledek manis beli kat shoppee semalam. 2 versi sis buat kuih bebola ubi hari ni. Yang ungu tu bebola ubi versi Cameron Highlands. Yang oren tu bebola ubi kopong versi indo/thai/chinese. Dua-dua saya suka. Rangup kat luar. Lembut kat dalam. Resepi ini telah dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa. Selamat mencuba.

Resepi bebola ubi cameron highlands (ubi unggu).

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 450g ubi keledek – direbus dan dilenyek.
  • 1/2 cawan tepung pulut.
  • 3/4 cawan tepung beras.
  • 1/4 cawan gula.
  • 1 sudu teh baking powder.
  • Sedikit garam dan bijan.

Cara-cara membuatnya:

  • Campurkan kesemua bahan dan uli sehingga menjadi doh. Kemudian bulat-bulatkan dan boleh digolek diatas bijan. Goreng sehingga masak dengan api yang kecil.
Baca juga :  Resepi Mee Goreng basah yang boleh bikin anda Ketagih.

Resepi bebola ubi kopong versi indo/thai/chinese (ubi oren).

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 300g ubi keledek-direbus & dilenyek.
  • 70g tepung ubi.
  • 30g tepung gandum.
  • 70g gula.
  • Sedikit garam.
  • 1 sudu teh baking powder.
  • 1-2 sudu besar air.

Cara-cara membuatnya:

  1. Campurkan kesemua bahan kemudian gaul sebati supaya menjadi doh. Kemudian bulat-bulatkan sebesar biji bola ping pong. Untuk kuih ni wajib dapatkan hasil yang kosong/lompong kat dalam barulah menjadi kuihnya.
  2. Tekniknya ialah dengan menggoreng guna api sederhana besar. Bila dah nampk hampir separuh masak hendaklah ditekan-tekan kuihnya dan digolek-golek di dalam kuali. Kuih akan naik lebih kembung. Jangan risau terpenyek kerana ia akan bulat semula. Kuih akan menjadi ringan bila dah masak.
Baca juga :  Cara dan resepi lengkap untuk membuat Bubur Lambuk Cara Terengganu.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.