Senang je nak buat Kek Pandan Kelapa Burnt Cheescake ni. Sedap dia memang tak boleh bawa bincang!

Kek ni kita buat tanpa whipping cream bakar menggunakan air fryer je. Whipping cream digantikan dengan santan. Guna pula santan segar. Bau wangi santan dan pandan memenuhi ruang rumah. Cara buatnya pun senang dan bahan-bahannya mudah untuk didapati. Resepi ini adalah kepunyaan Shah Shatry. Selamat mencuba.

Bahan-bahannya:

  • 250g cream cheese.
  • 2 biji telur gred A atau 3 biji gred B.
  • 5 sudu makan gula halus.
  • 2 sudu makan tepung gandum.
  • 125ml santan segar atau kotak.
  • ½ sudu teh esen pandan.
  • Sedikit pewarna hijau.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan cream cheese, telur, gula, tepung gandum, santan & esen pandan dalam blender. Blend hingga halus & sebati.
  2. Masukkan pewarna hijau kemudian kacau rata. Sebelum tu panaskan air fryer selama 5 minit pada suhu 180°C.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang saiz 6″ yang dah di lapik baking paper. Lepas dah tuang adunan, hentak-hentak loyang sebanyak 3 kali.
  4. Masukkan loyang ke dalam air fryer, bakar pada suhu 180°C selama 25 minit.
  5. Bila dah masak, keluarkan dari air fryer kemudian biarkan sejuk sepenuhnya di suhu bilik. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam peti ais sekurang-kurangnya 3 jam kemudian boleh potong dan hidangkan.
Baca juga :  Ada peminat Tomyam Putih tak? Sekali cedok pasti tak cukup punya!

Kalau nak bakar guna oven, panaskan oven pada suhu 250°C selama 10 minit kemudian bakar adunan pada suhu yg sama selama 22 – 25 minit. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.