Resepi Kek Span Moist Panda Premiun yang sangat menggoda dan gebu gebas! Sepotong pasti tak cukup punya.

Alhamdulillah, done membaking Kek Sponge Moist Pandan Premium resepi asal dari Mak Ina tapi sy adjust sikit so terover senyum die. Saya buat setengah adunan je ni tau.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Yana Liana. Terima kasih dan selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 4 biji telur gred D.
  • 3/4 cawan tepung gandum.
  • 1/2 cawan gula halus.
  • 1/2 sb ovelet.
  • 1/2 sk baking powder (saya guna sudu kfc yang putih tu).
  • 1/4 cawan santan kara.
  • 1/2 cawan tepung jagung.
  • 1/2 cawan minyak masak (yang belum guna tau).
  • 1/2 sk pewarna hijau epal.
  • 1/2 sk perasa pandan (bagi wangi lagi kek kita ).

Pastikan cawan tu pakai cawan yang sama sampai untuk semua sukatan ya.

Baca juga :  Resepi dan cara untuk membuat Kek Red Velvet Moist Cheese. Bila dah siap memang laju je habis!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan semua bahan (kecuali minyak masak) ke dalam mangkuk dan putarkan sampai kembang. Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati.
  2. Selepas tu korang tuangkan adunan tadi dalam loyang yang telah disapu minyak @ butter @ alaskan dengan baking paper. Saya guna loyang 6 inci sebab tu sampai over die senyum. Kemudian masukkan dalam oven dan bakar selama 50 minit hingga 1 jam @ sehingga masak.
  3. Gunakan suhu mengikut oven masing-masing. Saya guna oven morgan 23L degan suhu 220 darjah api atas dan bawah.

Selamat Mencuba dan selamat menjamu selera.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.