Semerbak baunya bila dah siap nanti. Jom kita cuba buat Roti Boy yang mudah disediakan ini.

Kali ni kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Roti Boy ataupun Mexican Bun yang pastintya lembut dah gebu. Bau semerbak je roti ni bila tengah bakar dan dah siap nanti. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Scha. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 200g Tepung roti atau tepung HP.
  • 110ml susu/air.
  • 25g gula.
  • 4g yis.
  • 1/2 sudu kecil garam tau pun secubit garam.
  • 1 biji telur ayam.
  • 30g butter atau majerin.
  • 5g bread improve.

Adun dan sebatikan semua bahan di atas seperti kita nak buat adunan donut tu.  Bila dah siap adunan biarkan seketika untuk dia mengembang.

Bahan-bahan untuk Buat Topping kopi:

  • 3g nescafe atau kopi. Serbuk Nescafe 3 in1 pun boleh.
  • 10ml air suam.
  • 50g butter atau majerin.
  • 50 gula.
  • 65g tepung gandum.
  • 1 biji telur ayam.
  • Sedikit emulco mocha jika ada.
Baca juga :  Banyak Tanam Bayam Brazil? Jom buat Bayam Brazil Masak Lemak Udang! Confirm laku keras menu ini.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Pukul majerin dengan gula sampai sebati kemudian masukkan telur dan pukul sehingga kembang.
  2. Satukan air suam dengan nescafe atau kopi dan kacau sebati. Masukan bancuhan nescafe tadi ke dalam adunan majerin telur tadi. Kacau-kacau sebati dan akhir sekali masukkan tepung. Kacaukan adunan tadi sehingga sebati dan menjadi pekat likat.
  3. Masukkan adunan tu ke dalam piping bag dan paipkan di atas doh yang dah kembang.
  4. Bakar pada suhu 160 darjah bagi api bahagian atas dan 170 darjah bagi api bahagian bawah selama lebih kurang 20 hingga 25 minit atau mengikut tetapan oven masing-masin. Cara nak tahu roti dah masak boleh semak bawah roti kita tu dah garing ataupun warna bertukar perang.
  5. Inti untuk bahagian dalam saya letak buttercup yg ketul tu dipotong petak-petak kecil. Letakkannya di dalam doh. Kalau tak letak pun tak apa. Rasa toping kopi tu pun dah sedap.
Baca juga :  Resepi Lengkap Nasi Ala-ala Kak Wok

Selamat mencuba. Bila roti dah siap masak sapukan majerin di atas roti tu. Jangan over bake sebab nanti roti boleh jadi keras.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.