Cara untuk Membuat Roti Jala. Menu sarapan pagi yang popular sepanjang zaman.

Kita menjala hari ni. Resepi ni lembut sangat-sangat! Try la bahan pun mudah je. Resepi Roti Jala untuk anda semua mencuba. Terlebih dahulu kami ingin memohon maaf kerana sumber asal resepi ini kami tidak berjaya temui didalam facebook. Jika anda adalah pemilik asal resepi ini, mohon untuk PM kami bagi memasukkan kredit asal kepada anda. 

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 500g Tepung gandum.
  • 1/2 cawan Minyak masak.
  • 2 cawan air.
  • 1/2 cawan susu segar (susu cair pun boleh).
  • 2 sudu besar susu pekat.
  • 2 sudu besar gula.
  • 1 sudu kecil garam.
  • 1 sudu besar esen vanilla.
  • 1 biji telur ayam gread A.
  • Sedikit pewarna kuning.
Baca juga :  Resepi Wanpaku Sandwich Viral Senang & Healthy. Yang pasti memang sedap sehingga ke gigitan yang terakhir.

Cara-cara membuatnya:

  1. Satukan semua bahan di atas dalam 1 bekas dan kacau sebati. Kalau rasa tak cukup air tambah la air sikit lagi. Adunan dia tak pekat tak cair.
  2. Masukkan dalam blender supaya adunan tak berketul. Selepas itu, boleh la masukkan adunan dalam corong roti jala.
  3. Jala di atas non-stick pan yang telah dipanaskan. Guna api sederhana. Dalam 10 saat je dah masak.
  4. Telengkupkan atas pinggang dan gulung. Ready to serve dan ngap!

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.