Cara untuk membuat Bahulu 3 Bahan. Semudah ABC je dah siap bahulu kita!

Cara untuk membuat Bahulu 3 Bahan. Semudah ABC je dah siap bahulu kita! Resepi ini telah dikongikan oleh Puan Fainda Farahin Fainda Farahin. Bahulu ni memang sesuai untuk dijadikan doorgift dan kudapan untuk anda sekeluarga. Semoga demgam resepi ini, kita semua sama-sama di murahkan rezeki. Amin.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 10 biji telur gred B.
  • 250 gm gula kastor.
  • 250 gm tepung gandum.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Mix kan 10 biji telur ayam bersama gula kastor dan pukul dengan menggunakan high speed sehingga ianya kembang dan menjadi putih gebu.
  2. Bakar tepung gandum selama 10 minit dalam oven kemudian ayakkan. Masukkan tepung yang telah di ayak ke dalam adunan telur dan gula yang telah dipukul kembang tadi. Mix sekejap dengan low speed, sebaiknya kaup balik guna senduk ye.
  3. Sendukkan ke dalam bekas atau acuan. Bakar dalam dengan suhu 170 darjah selama 30 minit. Waktu ni memang wangi dapur kita dengan baunya.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ikan Merah Goreng Berempah yang sangat padu dan beraroma sedap! Pasti anda suka!

Dah siap dah bahulu kita yang gebu. Makan panas-panas memang Layan. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.