Cara untuk membuat Roti Jala dengan mudah dan sedap


Roti Jala. Pukat Buruk tapi buruk ke? Semalam sengaja buat lebih kari ayam sebab nak cicah dengan roti jala untuk breakfast hari ni. Memang lembut sampai ke petang. Suke jala petak-petak camni.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nor Al Fatihah. Terima kasih.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kg tepung gandum.
  • 2 biji telur A.
  • 1/2 tin susu cair (1 cawan).
  • 150ml minyak masak.
  • 1500ml air.
  • Sedikit garam.
  • Pewarna kuning telur.

Cara untuk membuatnya:

  1. Satukan semua bahan. Kisar sehingga sebati. Sedia untuk dimasak. Guna pan non stick.
  2. Jika guna kuali leper yang masak daging burger tu leser sedikit minyak masak pada kiraian yang pertama.Yang seterusnya tak perlu leser minyak dah.
Baca juga :  Resepi dan Cara Untuk Membuat Pastri Sardin Gulung Bakar

Tips penting. Jika tempahan banyak dan customer nak pagi. Boleh kirai malam. Jam 10 malam dah boleh mula. Siap jer kirai biarkan roti jala betul-betul sejuk baru tutup bekas. Selalunya saya anginkan bawah kipas. InshaAllah lambat basi.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.