Cara lengkap untuk membuat Kuih Lagenda Kuih Karas. Antara kuih paling laku sepanjang masa!

Cara lengkap untuk membuat Kuih Lagenda Kuih Karas. Antara kuih paling laku sepanjang masa! Kita guan 3 bahan je pasti jadi. Sesuai la dikunyah sambil tengak TV. Saya guna botol roti jala pun jadi. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Nor Al Fatihah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 paket 500gm Tepung Beras cap Teratai.
  • 1 cawan gula.
  • 1 1/2 cawan air biasa.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kacau gula dengan air sehingga larut. Kemudian, tuangkan gula yang telah larut ke dalam tepung beras. Kacau sebati.
  2. Masukkan adunan ke dalam botol roti jala muncung 3 atau 5. Kalau ada acuan dia yang tempurung tu bolehlah digunakan ye. Saya tak ada jadi guna la apa yang ada.
  3. Panaskan minyak. Pastikan minyak cukup-cukup panas saja. Bukan terlampau panas dan minyak tak banyak sangat dan tak sikit sangat.
  4. Jalakan dari tepi banyak kali dalam 5 hingga 6 pusingan baru jalakan ke bahagian tengah 5 hingga 6 kali lagi. Kemudian ulang lagi jalakan sampai ke tepi & ke tengah semula dalam 5 hingga 6 pusingan lagi. Jangan tebal ye sebab kita nak lipat dia nanti.
  5. Lepas jala, biarkan selamat 5 saat. Kemudian terus lipat dua dengan menggunakan senduk. Pastu lipatkan sekali lagi jadi bentuk segitiga.
  6. Goreng sekejap sambil balik-balikkan sehingga berwarna keemasan. Kuih karas ni cepat masak ye dalam 2 hingga 3 minit je. Masa kita angkat tu, dia masih agak lembut tapi lepas kita dah sejukkan ia akan keras sendiri. Akan jadi rangup dan rapuh sangat.
  7. Simpan dalam bekas kedap udara. Boleh la kudap-kudap sambil santai tengok TV.
Baca juga :  Resepi Bihun Sup Mudah paling padu dan enak! Cili kicap dia memang marbeles!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.