Sambal Belacan Guna 3 Bahan, Tapi Rasa Bukan Main ‘Power’!

Sambal belacan merupakan pelengkap kepada lauk-pauk utama, tak kira makan tengah hari atau makan malam. Ia boleh menaikkan selera walaupun dimakan bersama lauk yang kurang digemari.

Selain itu, ia juga sedap dimakan bersama nasi putih yang panas dan ikan goreng rangup. Comfirm makan betambah-tambah dibuatnya, satu pinggan nasi memang tak cukup. Terdapat banyak resepi yang boleh anda cuba, namun resepi menggunakan 3 bahan ini merupakan salah satu cara yang mudah, ringkas dan sedap untuk diikuti. Untuk menghasilkan sambal yang sedap, anda perlu menggunakan lesung batu. Kalau guna pengisar, rasanya akan menjadi kurang menyengat.

Nak tahu apa bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya? Mari kita ikuti perkongsian oleh Sutila Mohd Mokhtar di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga :  Cara membuat Sambal Tomato Ayam Penyet. Enak dimakan besama nasi panas-panas ni beb!

Cara-cara:

  1. Tumbuk cili padi dan belacan menggunakan lesung batu. Tumbuk sehingga kedua-dua bahan ini sebati dan lumat.
  2. Kemudian masukkan air limau kasturi yang sudah diperah dan dibuang biji. Gaul sehingga rata.
  3. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Sutila Mohd Mokhtar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.