Cara untuk membuat Sambal Sotong Sumbat Telur yang sedap dan mudah disediakan. Memang terbaiklah!

Cara untuk membuat Sambal Sotong Sumbat Telur yang sedap dan mudah disediakan. Memang terbaiklah! Kesukaan anak-anak dan mak ayah pun join sekali! Sedap sangat-sangat, bertambah nasi! Share cepat dan pastikan buat ya! Resepi oleh DJ@Resepiku Sayang. Terima kasih.

Bahan-Bahan Inti Sumbat:

  • 2 biji telur ayam.
  • Carrot (dicincang).
  • Sosej (dicincang).
  • Secubit garam.
  • Sedikit minyak untuk menggoreng.
  • 1 sudu besar mayonis.

Campurkan kesemua bahan diatas dan goreng sehingga hancur dan ketepikan.

Bahan untuk Sambal Sotong:

  • 3 ekor sotong.
  • 2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih (ditumbok / dihiris).
  • 3 sudu besar cili kisar.
  • 1 sudu rempah kari.
  • 1 biji bawang merah (dipotong bulat2).
  • 2 sudu sos cili.
  • minyak untuk menumis.
  • 3 batang pencongkel gigi/lidi.
  • sedikit air asam jawa.
  • garam & gula secukup rasa.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Kicap Power yang sesuai dimakan bersama apa sahaja.

Cara-cara membuatnya:

  1. Sotong tadi disumbat dengan telur yang telah dimasak dan ditutup semula dengan kepala sotong dan dicucuk dengan pencongkel gigi / lidi.
  2. Kemudian tumiskan bawang yang telah ditumbok tadi sehingga naik bau.
  3. Masukan cili kisar dan biarkan sehingga pecah minyak.
  4. Masukan serbuk kari dan sos cili, kemudian masukan sotong yang telah disumbat dengan telur dan biar sampai mendidih.
  5. Masukan gula, garam dan air asam jawa sesedap rasa.
  6. Masukan bawang besar yang telah dipotong bulat-bulat. Bila dah masak boleh la hidangkan.
Baca juga :  Resepi Sambal Bilis Garing

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.