Ayam Honey Garlic Ala Kyochon, Rangup Dan Manis Rasanya!

Mari cuba buat resipi Ayam Honey Garlic ala Kyochon ini. Anak-anak tentu suka dapat menikmati ayam goreng ala restoran korea ini. Bukan selalu pikat jiwa mereka dengan makanan kegemaran.

Ayam goreng boleh dikatakan sebagai menu wajib kegemaran ramai kerana ia mudah, cepat dan lazat. Antara menu kegemaran ramai pada ketika ini ialah ayam madu bawang putih atau lebih dikenali dengan Honey Garlic Chicken. Kali ini, menerusi perkongsian dari Cik Puan Yasmin Dayanti Fami, ikuti resipi masakan yang paling mudah untuk anda cuba.

Baca juga :  Cara buat Sushi Golden Ball yang memang sedap dan menjadi kegemaran anak-anak!

Bukan sahaja mudah, tetapi rasanya juga memang sedap untuk dihidangkan. Jom tengok apa bahan-bahannya. Tak sabar nak masak!

Bahan-bahan untuk ayam goreng:

  • Ayam – part apa-apa yang disukai.
  • 2 cawan tepung jagung.
  • 1sdk soda bikarbonat.
  • Garam secukup rasa.
  • 1sdb serbuk bawang putih.

Cara penyediaan: Gaul sebati bahan-bahan di atas dan masak guna api yang kuat. Masak kira-kira 6-8 minit. Kemudian, angkat dan toskan.

Bahan-bahan untuk sos:

  • 5 ulas bawang putih – kisar kasar.
  • Butter untuk menumis.
  • 1 sudu gula perang.
  • 2 sudu madu.
  • 4 sudu kicap cair.
Baca juga :  Resepi Dendeng Daging sedap dan berbaloi untuk dicuba. Musim banyak daging ni jom kita buat!

Cara-cara membuat sos:

  1. Masukkan butter dalam kuali. Bila dah cair, masukkan bawang putih. Goreng sampai naik bau.
  2. Kemudian, masukkan gula, madu dan kicap cair. Kacau sampai naik buih.
  3. Lepas tu baru masukkan ayam dan gaul sebati.
  4. Dah siap. Boleh makan macam itu sahaja ataupun makan dengan nasi panas-panas!

Selamat mencuba resipi ini di rumah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.