Resepi untuk membuat Roti Bun Planta yang sangat gebu. Rasa sebiji pasti nak lagi.

Duduk rumah ni macam-macam nak dimasak. Petang ni kita buat Bun planta yang sangat wangi dan sedap untuk minum petang. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Sharifah Dora Perais. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 paket yis.
  • 1 cawan air suam.
  • 4 cawan tepung gandum.
  • 5 sudu gula.
  • 2 sudu pekat.
  • 2 majerin/planta.
  • 1 biji telur dikacau.
  • Sedikit garam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Bancuh Yis dengan air suam. Campurkan Tepung gandum, telur, gula, susu pekat, majerin dan garam. Gaulkan sehingga sebati.
  2. Selepas tu masukkan air yis tadi dan uli lagi sehingga doh tidak melekat dtangan. Rehatkan doh dan tutup sehingga kembang 2 kali ganda.
  3. Bila doh sudah kembang, tumbuk doh bagi keluar angin. Lepas tu bagikan doh kecil dan uli lagi sampai nampak licin dan boleh susun dalam loyang. Biarkn doh sampai jadi kembang.
  4. Sapu kuning telur di atas doh baru la dibakar pada suhu 160 darjah selama 30 minit.
  5. Bila suda masak, sapukan dengan planta. Dah siap.
Baca juga :  Cara membuat Roti Kukus Sangakaya bersama kaya pandan yang padu dan terbaik!

Siap untuk dihidangkan. Pekena dengan kopi memang terbaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.