Resepi Asas untuk membuat Roti Sosej dan Roti Pizza dengan mudah. Anda pasti suka!

Meroti je petang ni. Gebus gebas je roti guna resepi ni. Sape nak resepi nanti saya edit balik. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Hidayati Hana. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 cawan tepung gandum.
  • 2 sudu besar mentega.
  • 4 sudu besar gula.
  • 3 sudu besar susu pekat manis.
  • 1 cawan air suam.
  • 1 peket yis. Saya guna separuh je.
  • Secubit garam.
  • Sosej 6 batang.
  • Sayur campur (Mix Vegetable).
  • Mayonis.
  • Cili sos.
  • Parsley flakes jika suka.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan yis, air suam, gula dan susu pekat dalam mangkuk. Biarkan selama beberapa minit sehingga yis kembang.
  2. Dalam mangkuk yang lain, satukan tepung gandum dan mentega, gaul sebati.
  3. Masukkan yis tadi dan uli hingga jadi doh.  Dah siap perapkan doh selama 1 jam.
  4. Sementara tu rebus sosej dan campurkan mix vege dengan sedikit mayonis dan gaul sebati.
  5. Bila doh dah kembang, uli doh semula dan bentukkan ikut roti yang kita suka.
  6. Dah siap bakar dalam oven suhu 190 darjah selama 30 minit atau sehingga roti masak.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kek Buah Bakar yang sangat gebu dan sedap. Kudapan anda sekeluarga yang mudah disediakan.

Yang roti sosej tu saya sapu kuning telur dan tabur parsley flakes sedikit. Yang roti pizza saya letak capsicum, sosej, mix vege, sos cili dengan mayonis atasnya. Selamat mencuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.