Cara untuk membuat Jemput-jemput Roti yang Lembut dan sangat mudah disediakan.

Jika ada lebihan roti, jangan dibuang. Lebihan roti ni boleh diolah menjadi puding roti, bread crumbs, pizza dan jemput-jemput. So, hari ini Puan Asrinna Bakri nak kongsikan resepi jemput-jemput roti yang dah dicuba beberapa hari lepas. Selemat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 5 keping roti.
  • ½ cawan air.
  • 1 biji telur.
  • 3 sudu tepung gandum.
  • ½ sudu kecil baking powder.
  • Crabstik/sosej potong kecil.
  • Daun bawang.
  • Cili merah didadu.
  • Serbuk pati ayam.
  • Garam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Carik-carik roti. Masukkan air. Biarkan 5 minit agar roti kembang.
  2. Masukkan semua bahan-bahan lain. Gaul sebati. Biarkan 10 minit.
  3. Sementara tu, panaskan minyak. Jemput-jemputkan adunan dan goreng hingga keemasan.
  4. Dah siap, boleh la dihidangkan sebagai menu sarapan pagi atau menu minum petang anda.
Baca juga :  Resepi Aiskrim Milo 3 Bahan

PKP ni memang mak-mak tak kering tangan. Asik memasak je kan. Semoga resepi ni dapat memberi idea baru untuk korang. Silakan SAVE dan SHARE.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.