Resepi untuk membuat Nasi Lemak Pandan Wangi bersama Sambal Nasi Lemak Telur Puyuh!

Dah makan ke tu? Jom kita kongsikan kepada anda cara untuk membuat Nasi Lemak Pandan Wangi Semerbak hari ni. Alhamdulillah, harap manfaat untuk kita semua. Saya sertakan sekali cara nak buat sambal nasi lemak telur puyuh yang sedap untuk digandingkan bersama nasi lemak kita. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Khadijah Jaafar. Happy Cooking.

Bahan untuk Nasi Lemak:

  • 4 cawan basmathi.
  • 1 cawan santan dan 3 cawan air.
  • 3 helai daun pandan.
  • 1/2 sudu kecil minyak.
  • 1 batang serai – ketuk.
  • 1 ulas bawang merah – hiris.
  • ½ inci halia – hiris.
  • Sedikit perwarna hijau.

Cara untuk memasak Nasi Lemak:

  1. Beras dibasuh bersih kemudian direndam selama 20 minit. Kemudian toskan air nya. Jika guna beras biasa rendam dalam 10 minit sahaja.
  2. Blenderkan 1 cawan air dengan daun pandan. Tapiskan hampas daun pandan. Daun pandan yang saya guna saiz sederhana. Kalau yang besar boleh kurangkan.
  3. Masukkan air daun pandan ke dalam rice cooker. Masukkan baki air 2 cawan lagi tu bersama dengan santan. Boleh titiskan sedikit perwarna hijau supaya warna nasi lebih cantik. Boleh perasakan dengan garam secukup rasa.
  4. Masukkan beras. Berserta dengan serai, halia & bawang. Akhir sekali masukkan minyak. Masak nasi seperti biasa dalam rice cooker sehingga masak.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Masak Kurma. Pekat, lazat dan terbaik dari dapur untuk anda.

Bahan untuk Sambal Telur Puyuh:

  • 20 biji telur burung puyuh.
  • 3 biji bawang besar merah.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 15 – 20 tangkai cili kering gemuk.
  • ½ sudu makan asam jawa dicampur 3 sudu makan air.
  • Sedikit belacan (jika suka).
  • ½ keping Gula nisan @ Gula kerek.
  • Sedikit air jika perlu dan Garam secukup rasa.

Cara untuk memasak Sambal Telur Puyuh:

  1. Rebus telur puyuh. Kemudian, buang kulit. Goreng sekejap kemdian ketepikan.
  2. Cili direbus sehingga lembut, kemudian kisar dengan sedikit air. Blendkan bawang besar merah & bawang putih, pastikan blend dengan air yang sedikit.
  3. Selepas siap semua bahan dikisar. Tumiskan cili & bawang dengan minyak yang secukupnya. Part ni jangan kedekut minyak semasa menumis sambal, barulah sambalnya cantik. Pastikan dimasak dengan api yang sederhana.
  4. Biarkan sambal masak, bila nampak sambal hampir nak pecah minyak. Masukkan gula nisan & belacan. Belacan tu jika tidak suka boleh skip sahaja, tak perlu letak.
  5. Kemudian, biarkan sambal masak sehingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa. Untuk dapatkan sambal yang tahan lama & rasanya sedap, perlu dimasak lama dengan api yang kecil. Bila sambal siap boleh masukkan telur puyuh.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Paru Goreng Rangup Nasi Lemak. Resepi pasti sedap dan laku keras!

Selamat mencuba semua ya. Semoga bermanfaat untuk anda sekeluarga.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.