Cara membuat Sambal Ayam Penyet yang sedap. Meratah pun sedap tau!

Saya ni memang sangat suka makanan indonesia, terutamanya nasi ayam penyet. Dari zaman bujang lagi duk layan nasi ayam penyet ni. Siap belajar macam-macam resepi sambal penyet. Tapi semua resepi tu macam ada tak kena. Masih belum betul-betul puas hati dan belum sama macam kedai faveret. Hahahah.

Haritu, ada lah terfikir nak cuba cari resepi yang memang dari orang indonesia. Cari punya cari, terjumpa lah satu resepi ni. Pelik sikit resepi dia, sebab tak letak bawang merah. Macam risau jugak, takut tak sedap, sebab sebelum ni resepi sambal penyet semua kena letak bawang banyak-banyak. Haha.

Tapi rupa-rupanya resepi ni memang PERFECT. Sedap sangat-sangat bagi tekak saya. Memang rasa macam tak perlu beli kat kedai dah. Hahaha. Resepinya mudah saja.

Bahan-bahan:

  • Tomato (belah 4).
  • Cili besar.
  • Cili padi.
  • Belacan.
  • Ikan bilis (segenggam).
  • Minyak masak.

**Takde sukatan khusus. Agak-agak je ikut selera kita. Nak sedap, lebihkan tomato. Nak pedas, lebihkan cili padi. Nak merah, lebihkan cili besar. Haaa begitulah.

Baca juga :  Cara dan Resepi Untuk Membuat Ayam Goreng Kunyit yang sedap!

Cara-cara membuatnya:

  1. Goreng ikan bilis dengan sedikit minyak sehingga garing.
  2. Bila ikan bilis dah garing, terus masukkan tomato ke dalam kuali gorengan ikan bilis tadi. Masukkan pula cili besar, cili padi dan belacan. Goreng sehingga layu.
  3. Bila semua dah layu, tutup api, dan biarkan sejuk. Setelah sejuk, baru masukkan dalam blender. Blend kasar sahaja, guna butang pulse. Atau boleh juga guna chopper, atau tumbuk guna lesung batu. Saya punya ni saya guna hand blender.
  4. Dah siap blend kasar, masukkan semula sambal tadi ke dalam kuali yang sama.
  5. Masak sehingga kering air dan pecah minyak. Letak garam sikit. Boleh tambah gula jika suka. Siap!

Resepi ni memang resepi sambal penyet terbaik yang saya pernah rasa. Dan suami pun memang konpem bertambah nasi bila saya buat sambal penyet ni. Alhamdulillah. Selamat mencuba semua. Resepi ini telah dikongsikan oleh Resepi Juwita.

Baca juga :  Tips untuk membuat Salutan Ayam Goreng yang Rangup dengan Tepung Bestari Sahaja!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.