Resepi dan Cara Membuat Tepung Pelita paling mudah dan ringkas. Pasti puas hati!

Minum petang kite harini adalah Kuih Tepung Pelita. Terpaksa modenkan dia sebab susah sangat nak dapat daun pisang. Syukur Alhamdulillah dengan Rezeki petang ni. Selamat menjamu selera semua.

Bahan untuk Lapisan bawah:

  • 1 cawan tepung beras.
  • 1 cawan gula pasir.
  • 2 cawan air pandan.
  • 3 cawan air putih.
  • 1/2 sudu kecil garam halus.
  • 1/2 sudu kecil pewarna hijau.
  • Sedikit air kapur (tak letak pun takpe).

Campurkan semua kacau sebati then buka api kacau sampai masak. Kalau dah masak tepung akan pekat berkilat. Masukkan dalam bekas dan biarkan.

Baca juga :  Resepi Kuih Tepung Pelita Mudah dan Cepat. Kuih yang paling laku ketika bulan Ramadhan!

Bahan untuk Lapisan atas:

  • 4 sudu besar (jangan membukit) tepung beras.
  • 4 cawan santan (ikutla nak buat 2 cawan santan pekat 2 cawan air pun boleh tapi atas tu kena lemak-lemak baru sedap).
  • 2 sudu kecil garam.
  • 1 sudu kecil gula.
  • Sedikit air kapur (tak letak pun ok jer).

Sama macam tadi kacau sebati dan masak atas api hingga pekat dah nampk berkilat tutup api. Masukkan kedalam bekas yang dilapiskan adunan hijau. Sejukkan dan dah boleh disantap.

Nota:

Air kapur tu bancuh dulu cair je. Jangan pekat berbau kapur nanti. Letak dulu gula pasir sebelum masukkan bancuhan pandan ye. Selamat mencuba.

Baca juga :  Resepi dan cara untuk membuat Talam Ubi Kanda. Lembut dan lazat untuk anda cuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Shai Anne Ahemed. Terima kasih ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.