Resepi untuk membuat Beef Steak tersedap

Hari tu saya ada share chicken chop dan chicken grill ala-ala mcd. Hari ni saya nak share Beef steak versi saya pulak. Nak makan bersama keluarga bolehlah korang buat kat umah. Maklumla diluar mahal. Saya sertakan resepi untuk korang berwestern dirumah.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Suisan Aliezsha. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk daging:

  • Daging batang pinang. Hiris nipis atau tebal ikut masing-masing. Kalau korang baru nak cuba beli je daging dah pack siap potong-potong yang jual kat tesco atau giant.
  • Halia, bawang putih, sebiji tomato, sos lada hitam, sos cili dan madu. Kisarkan semua campur air sedikit.
  • Lada hitam & ketumbar juga dikisar.
  • Anggaran 2 sudu besar planta atau butter.
Baca juga :  Resepi Ramadhan cara untuk membuat Daging Masak Merah ala Thai yang bakal menjadi salah satu menu sahur dan berbuka anda.

Cara untuk membuatnya:

  1. Cairkan butter kemudian masukkan bahan-bahan blend dengan api sederhana. Dah mendidih masukkan lada hitam & ketumbar, sedikit garam. Saya tak guna gula pasir. Manisan tu saya gunakan madu sepenuhnya.
  2. Kemudian perapkan daging tersebut dengan bahan-bahan yang telah dimasak untuk beberapa jam atau lebih sedap 1 hari. Bakar pada suhu 180° darjah selama 30 minit mengikut oven masing-masing. Korang nak grill pun boleh.

Sedia untuk dimakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.