Jom cuba makanan korea yang sedap ini. Soondubu Jigae ataupun Tofu Beef Stew.

Kalau makan kat dubuyo hirup-hirup kuah dia, sedapnyalah. Gigih order online pes gochujang, lepas tu pergi nilai cari mangkuk korea. Nak feel makan kat kedai. Puas hati sebab boleh bubuh lauk banyak.

Terima kasih kepada Puan Nur Fairuza dan pemilik asal resepi iaitu Puan Ilyana Isa.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah: Untuk makan 2 orang.

  • 2 ulas bawang putih ditumbuk halus.
  • Sedikit halia juga ditumbuk halus.
  • 1/2 kiub pati ikan bilis.
  • 1 sudu makan pes gochujang.
  • Daging dihiris nipis secukupnya.
  • Tofu jepun lembut secukupnya.
  • Cendawan enoki secukupnya.
  • Sedikit garam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumiskan bahan tumbuk iaitu bawang putih dan halia dengan sedikit minyak. Tak perlu garing. Lepas tu masukkan pes gochujang. Memang akan berketul-ketul. Kacau je terus.
  2. Masukkan air secawan penuh atau ikut suka nak cair atau pekat. Kacau bagi pes larut. Kemudian masukkan kiub pati ikan bilis.
  3. Seterusnya masukkan pula cendawan enoki, daging dan tofu jepun. Buka api kuat sekejap. Sambil tu letak garam. Tak perlu banyak garam sebab pes dah berperisa.
  4. Selepas tu bila dah menggelegak atau sehingga daging masak boleh tutup api. Tabur daun bawang yang dihiris dan juga biji bijan. Siap!
  5. Mudah je sebenarnya. Memang sedap. Makan time hujan-hujan lagi layan. Boleh juga pecahkan telur dalam tu. Makan dengan nasi ala-ala Korea. Selamat mencuba.
Baca juga :  Jom kita cuba Resepi Dimsum Kukus berinti Ayam. Enak sehingga ke gigitan terakhir!

Nota kaki:

  1. Gochujang halal boleh didapati di pasaraya seperti Aeon, Jaya Grocer, Village Grocer, Hero, NSK.. Etc. Shoppee pun ada. Cuma pastikan ada tanda Halal sebab yang original Korea punya ada campuran alcohol.
  2. Gochujang tu ala-ala pes sambal. Boleh digunakan dalam resepi ayam goreng korea yang pedas rangup tu (Dakgangjeong) atau nasi goreng. Kat Secret recipe ada jual nasi goreng ni. Tumis pes dengan nasi, tambahkan kimchi & biji bijan.
  3. Kalau yang belum pernah makan, rasa dia ala-ala sup tauhu pedas masam.
  4. Daging perlu hiris betul-betul nipis & masak dengan kadar segera. Kalau terlebih masak daging akan keras.
  5. Padankan dengan nasi panas & telur dadar. Nasi tu kalau dapat beras calrose (beras jepun) lagi ngam! Masak ikut arahan peket beras tu, dah masak cepat2 gaul nasi dengan 3 sudu besar cuka, sedikit garam & gula. Nak lagi best, pecahkan telur mata dalam tu & tutup api!
Baca juga :  Cara membuat Air Asam Ikan Bakar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.