Cara untuk membuat Terung masak Tauchu Kicap Pedas. Konfem anda akan suka!

Terung adalah kegemaran yang diminati oleh ramai orang apabila ianya dimasak dengan terung masak sambal dan belacan. Selain itu juga, bagi yang tidak penah mencuba masakkan seperti ini anda boleh mencubanya.

Saya pasti ianya akan masuk dalam senarai masakkan sayur yang diminati oleh anda. Selamat mencuba. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Nurul Ateekah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1-2 batang terung (dipotong).
  • 1 ketul tauhu(dipotong).
  • 3 sudu besar ikan bilis*.
  • 3 ulas bawang putih*.
  • 3 biji bawang merah*.
  • 3 batang cili hijau*.
  • 3-4 sudu besar Kicap Manis ABC.
  • 2 sudu besar SOS tiram.
  • 1 biji tomato (dibelah).
  • Cili padi(tambahan).
  • Serbuk kunyit.
  • Serbuk perasa.
  • Minyak masak.
Baca juga :  Resepi Sayur Sweet Peas Bebola Ikan bersos Tiram. Anak anda pasti suka makan sayur lepas ni!

Kisar atau tumbuk bahan yang bertanda *.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak,goreng terung sehingga sedikit keperangan dan ketepikan.
  2. Goreng tauhu sehingga garing dan ketepikan.
  3. Guna minyak yang sama tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan tomato dan cili padi,masak seketika.
  5. Masukkan SOS tiram , kicap Manis ABC ,serbuk perasa dan serbuk kunyit. Masak agak sedikit garing kemudian masukkan tauhu dan terung, dan gaulkan rata.
  6. Siap dihidang.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.