Cara untuk membuat Terung Berlada Ala Thai. Padu hingga ke suapan yang terakhir.

Kami nak kongsikan kepada anda Resepi Terung Berlada Ala Thai. Disebabkan kelmarin ramai terliur terung saya dan ada yang minta resepi, saya share resepi dekat sini sekali.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Noor Fatin Hazwani. Terima kasih

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Bahan-bahan asas jer sebenarnya yang ada kat rumah korang jer. Terung size baby, Bawang putih, Bawang holland, Daun ketumbar dan Cili api.

Ok terung ni belah dua dan bakar jer atas dapur gas, terung kalau nak masak dia pada aku sedap dibakar dulu,dia punya rasa dan aroma berbeza. Time bakar tu kau pastikan tak hitam hangus.

Lepas tu ambik terung yang dah dibakar dan letakkan dalam pinggan bersih dulu, nampak tak hangus sikitttt dahhh.

Baca juga :  Cara untuk membuat Terung masak Tauchu Kicap Pedas. Konfem anda akan suka!

Ha part ni aku suka, kau tumbuk bawang putih dengan cili sampai hancur lumat.

Ya Tuhan aku lupa, resepi ni aku taruk udang geragau buat penambah rasa.

Panaskan kuali tumis bawang holland sampai garing, pastikan kuali panas ya.

Lepas garing kau masukkan bahan tumbuk ,kacau sikit bagi sebati.

Ok lepas tu masuk sos nampla, nama lagi masak thai kan,jangan banyak masin nanti. Sebelum ni aku letak cili flakes tapi sebab dah habis so tak letak la.

Masukkan sikit lada putih,serta perasa lain macam garam dan gula utk seimbangkan rasa. Macam mana hidup kita ni ada macam-macam rasa begitulah masakan baru sedap.

Baca juga :  Cara dan resepi untuk membuat Pajeri Terung yang sangat menyelerakan.

Kalau rasa kering sangat masukkan sikit air dan lastnya cincang daun ketumbar.

Perghhhh dah siap dah menu kita. Sebelum makan picit asam sedikit. Rasa pedas masam manis masin semua ada. Tak payah lauk kayangan pun buat kau menambah nasi. Selamat mencuba.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.