Resepi sedap Kuey Teow Basah Seafood. Sepinggan tak cukup tau!

Makan pagi-pagi buat sarapan esok memang sedap. Kalau untuk makan petang pun boleh. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Nurul Ateekah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • ½ kilo kuey teow.
  • 3 ulas bawang putih diketuk.
  • Cili kisar 2 sudu besar.
  • 3 biji telur.
  • Segengam taugeh.
  • Kucai secukupnya.
  • Udang dan sotong secukupnya.
  • 1 biji tomato dibelah 4 atau 6.
  • 1 batang cili merah dihiris.
  • Sos tiram 2 sudu besar dan Sos tomato 2 sudu besar.
  • Sos cili 2 sudu besar.
  • Kicap manis 4 sudu besar dan Sos ikan 1 sudu besar.
  • Garam dan Gula secukupnya.
  • Serbuk perasa 1 sudu kecil dan Sedikit air.
Baca juga :  Ada yang rindu dengan Kuey Teow Theng ni tak? Jom kita buat sendiri. Mudah dan senang je!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Minyak masak dipanaskan dahulu kemudian gorengkan telur serta hancurkan telur dalam kuali. Angkat dan asingkan ketepi dahulu.
  2. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau. Setelah masak, masukkan pula cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan udang, sotong dan masak seketika. Apabila sotong dan udang telah masak, masukan kicap, Sos tiram, Sos cili, Sos tomato dan Sos ikan.
  4. Kemudian, perasakan dengan secukup rasa, gula, garam dan masak seketika. Masukkan sedikit air jika perlu.
  5. Masukkan taugeh, kucai, kuey teow, tomato, cili merah dan telur yang telah digoreng tadi. Akhir sekali gaulkan sehingga sekata dan sehingga masak.
Baca juga :  Cara untuk membuat Nasi Beriyani bersama Kari Ayam Padu. Rasanya sedap dan enak dari kebiasaanya!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.