Cara untuk membuat Roti Pisang Rangup syahdu paling sedap untuk anda semua!

Jom kita cuba  Roti Pisang Rangup syahdu paling sedap untuk anda semua! Bahan-bahan mudah je nak dapat dan hanya guna Air Fryer sahaja. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Roti gardenia secukupnya.
  • Pisang masak secukupnya.
  • Majerin secukupnya.
  • Kuning telor secukupnya.
  • Gula perang. Kalau tak ada pun boleh guna gula putih tapi jangan tabur banyak.
  • Cheddar cheese. Ni pun kalau tak ada pun tak apa. Tabur je gula tu.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Sapu majerin di atas roti.
  2. Kemudian, susun pisang mengikut kreativiti anda sendiri.
  3. Sapu lagi mejerin dan sapu kuning telur diatasnya.
  4. Seterusnya, taburkan cheddar cheese atau gula perang diatasnya.
  5. Akhir sekali, bakar dengan air fryer pada suhu 180°c selama lebih kurang 5 hingga 7 minit.
Baca juga :  Cara untuk membuat Roti Sandwich Sardin Celup Tepung. Menu terbaik minum petang dan sarapan pagi anda sekeluarga.

Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Hamizah Zakaria.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.