Cara serta Petua untuk membuat Cucur Jagung yang rangup di luar dan lembut gebu didalam!

Petua cucur rangup di luar lembut di dalam. Bancuh dengan AIR PANAS! Sedap sekali cicah dengan sos cili, sos blackpaper dan mayonis. Sulam pula dengan teh o panas. Jom tengok resepi cucur jagung cara saya. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Faizah binti Abdul Hamid. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • ½ kilo Tepung Gandum.
  • Sebiji telur.
  • Secekak kucai dan dipotong 1 cm.
  • 2 tongkol jagung segar.
  • Segenggam ikan bilis.
  • Segenggam udang kertas dicincang kasar.
  • 2 labu bawang besar dibelah 4 dan dihiris nipis.
  • 4 sudu makan cili kisar.
  • 1 sudu makan serbuk kunyit.
  • Serbuk Maggi secukup rasa.
  • Garam halus.
  • Air panas secukupnya.
Baca juga :  Resepi Kuih Dangai atau Kuih Rangin

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Hiris isi jagung dari tongkolnya. Satukan semua bahan dalam besen. Bancuh adunan dengan air panas.
  2. Jemput dan goreng dalam minyak panas hingga garing. Angkat dan toskan minyak. Dah siap dan sedia untuk dihidangkan.

Tips ringkas untuk bagi cucur jagung anda rangup dan gebu didalam.

  • Ikan bilis lebih sedap jika ditumbuk kasar-kasar.
  • Bancuh mesti guna air panas untuk dapatkan cucur yang rangup di luar lembut di dalam. Panas macam mana? Saya guna terus air panas coway tu. Mudah dan cepat. Selamat mencuba.
Baca juga :  Cara untuk membuat Cucur Garing Rangup berserta Tips. Menu sarapan dan minum petang yang sempurna

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.