Resepi Sambal Udang Petai. Makan dengan nasi panas memang tak sedar nasi habis!

Ini menu feveret cik abang dan emak di rumah. Dapat sambal udang petai makan dengan nasi panas-panas, memang bertambah-tambah. Jom kita cuba resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Hasniza Hassan. Selamat mencuba.

Bahan-bahannya:

  • 30 ekor udang dibuang kulit.
  • 1 mangkuk petai.
  • 3-4 biji bawang besar dikisar atau tumbuk kasar.
  • 7 sudu besar cili kering kisar.
  • 1/2 sudu besar asam jawa bancuh dengan sedikit air.
  • Garam dan gula perang secukup rasa.

Cara-caranya:

  1. Udang dibuang kulit. Kulitnya jangan dibuang. Boleh buat stok rebusan kulit udang. Sediakan bahan-bahannya. Nanti senang masak.
  2. Bubuh minyak lebih sedikit supaya bawang dan cili kisar dapat ditumis garing. Masukkan bawang besar kisar. Tumis hingga masak dan kekuningan.
  3. Kemudian, masukkan cili kering kisar. Masa ini boleh masukkan terus gula perang. Sukatan gula dalam 1 1/2 – 2 sudu besar. Nak lebih menyihatkan boleh guna gula kabung.
  4. Tumis hingga masak dan garing. Masukkan air asam jawa. Tambahkan garam secukup rasa. Sukatan garam dalam 3/4 sudu besar.
  5. Masukkan udang. Gaul rata dan biarkan masak sedikit. Jangan lama nanti udang kecut.
  6. Kemudian, Masukkan petai. Gaul rata dan biarkan masak sekejap. Yeay dah siap.
Baca juga :  Musim petai kembali lagi, Jom kita buat sendiri Petai Jeruk sebagai menu pembuka selera anda!

Selamat mencuba.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.