Cara untuk membuat Sambal Bilis Jering atau Petai. Sedap dan enak dimakan bersama nasi panas!

Biasa buat Sambal bilis petai kali ni zie buat sambal bilis jering. Sedap makan dengan nasi panas-panas. Pek kemas dalam bekas kaca dan tutup rapat, tahan hampir sebulan simpan dalam peti. Jom tengok resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Aisyah Humaira. Terima kasih.

Bahan kisar untuk ibu sambal: Pastikan kisar separuh hancur je jangan sampai lumat.

  • 20 biji bawang merah.
  • 4 biji bawang besar.
  • 6 ulas bawang putih.
  • 3 inci halia.
  • 3 inci lengkuas.
  • 15 biji cili padi hijau.
  • 15 biji cili padi merah (jika tak suka pedas boleh kurangkan).
  • 10 biji lada hijau besar.
  • 10 biji lada merah besar.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ikan Siakap Masak Kengsom yang padu dan terbaik.

Bahan-bahan berikutnya:

  • Minyak masak SAJI Malaysia secukupnya.
  • Ikan Bilis mengikut banyak yang anda nak.
  • Petai atau jering secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api sedang atau kecil hingga pecah minyak. Pastikan minyak lebih dari bahan kisar dengan ini akan buat sambal tahan lebih lama. Proses menumis agak makan masa hampir satu jam sebab zie guna api kecil. Sesekali kacau untuk elak dari hangus.
  2. Sambal dah pecah minyak ambil separuh sambal simpan dalam bekas bersih dah sejuk baru tutup dan Simpan dalam peti. Boleh guna bila-bila masa untuk masak apa-apa jenis lauk (sambal sotong, nasi goreng, ayam goreng sambal, ikan berlada dll).
  3. Sambal yang berbaki dalam kuali boleh gaul bersama bilis yang telah digoreng sparuh masak dan gaul juga bersama jering atau petai jika suka.
  4. Perasakan garam, gula, aji jika perlu kacau sebati. Kalau nak berkuah boleh masukkan sedikit air reneh hingga sebati. siap.
Baca juga :  Resepi dan cara membuat Kimchi

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.