Cara untuk membuat Aiskrim Coklat Pisang yang sedap dan menyihatkan.

Sekali sekala dapat sejukkan tekak dengan homemade ais krim memanglah satu nikmat. Nak pula ais krim yang menyihatkan, makan berkali-kali pun tak rasa bersalah hihi. Ini resepi asal dari Khairul Aming yang diubahsuai oleh Puan Hasniza Hassan. Selamat mencuba ya semua.

Bahan-bahannya untuk ais krim chocolate banana:

  • 4 biji pisang berangan yang dipotong-potong.
  • 1/4 cawan susu segar.
  • 1 sudu besar peanut butter.
  • 1 sacet serbuk minuman koko (ini pilihan). Boleh juga digantikan dengan chocolate spread.
  • Hirisan dark chocolate atau chocolate chip.
Baca juga :  Cara membuat Nugget Homemade Tempura

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Pisang yang dipotong-potong hendaklah dibekukan terlebih dahulu dalam freezer. Kemudian masukkan potongan pisang yang masih beku dalam pengisar.
  2. Masukkan sekali susu segar, peanut butter, serbuk minuman koko atau chocolate spread. Kisar sampai betul-betul halus.
  3. Masukkan adunan tadi dalam bekas bersih bertutup. Taburkan hirisan dark chocolate atau chocolate chip.
  4. Gaul rata. Simpan semula dalam freezer. Apabila beku, sedia untuk dimakan.

Pilihan serbuk minuman koko yang kak Has guna ialah Qoqo Stevia tanpa gula putih keluaran Ana Edar. Untuk hirisan dark chocolate pula, kak Has suka guna jenis Belgian ini sebab tiada tambahan gula putih. Dark chocolate yang hendak dihiris perlu dimasukkan terlebih dahulu dalam peti sejuk supaya keras dan mudah dihiris.

Baca juga :  Resepi untuk membuat Sambal Belimbing Buluh yang pastinya memikat dan membuka selera anda.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.