Jom kita cuba menu Sambal Telur Ikan Bilis. Tambah nasi itu pasti punya!


Saya seorang peniaga nasi lemak berlauk. Apa yang saya makan, begitu juga akan saya sediakan untuk pelanggan saya. Jadi kali ni saya nak kongsikan kepada anda resepi Sambal Telur Ikan Bilis bersama Bebola Ikan. Resepi paling senang untuk di cuba di bulan Puasa.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Telur 10 butir (direbus Dan dibuang kulit).
  • Bebola ikan 12 ketul.
  • Ikan bilis 4 sudu besar.
  • Gula melaka 50gram.
  • Gula pasir 2 sudu besar (ikut kemanisan yang disukai).
  • Serbuk belacan 1 sudu besar @ ½ sudu kecil belacan kiub.
  • Garam (jika mahu).
  • Serbuk Perasa knorr (jika mahu ).
  • Perahan air asam jawa (1-2 sudu besar).
  • Minyak masak secukupnya.

Bahan-bahan kisar:

  • Bawang besar 5 biji.
  • Bawang putih 6 ulas.
  • Cili kering segengam.
  • Cili kering dibuang biji, direbus dan di basuh kemudian ditoskan barulah dikisar bersama bawang.

Cara untuk memasaknya:

  1. Panaskan minyak untuk menggoreng telur. Minyak hendaklah betul-betul panas. Masukkan telur dan masak sehingga 1-2 minit kemudian angkat. Tujuan goreng telur adalah untuk sambal cantik bersalut pada permukaan telur dan sambal telur pun susah nak basi,diikuti dengan menggoreng bebola ikan dan ikan bilis.
  2. MINYAK YANG SAMA gunakan untuk memasak sambal semestinya banyak. Baru sambal akan masak dengan sekata dan tidak hangus. Jangan risau, lebihan minyak sambal nanti boleh disimpan untuk goreng mee atau nasi goreng ataupun untuk menggoreng telur.
  3. Masukkan bahan yang telah dikisar dan masak sambal sehingga warna kemerahan. Untuk memasak sambal dengan sempurna hendaklah mengunakan API yang sederhana. Masa untuk memasak sambal paling kurang 1 jam untuk mendapatkan rasa tumisan sambal yang sedap. Lagi lama masa memasak sambal tu lagi sedap sambal yang dihasilkan. Dan sambalnya susah nak basi serta boleh tahan berhari-hari jika masak dengan betul.
  4. Apabila sambal sudah masak dan sedikit garing. Masukkan perahan air asam jawa, serbuk belacan atau belacan, gula melaka dan gula pasir. Gaulkan sebati dan biarkan gula melaka cair. Nanti sambal akan berubah menjadi warna merah gelap. Jika anda lebih suka kepada sambal Manis, lebihkan sedikit gula pasir mengikut kemanisan sambal yang anda suka.
  5. Apabila sambal sudah warna gelap dan cantik berkilau, bersinar barulah masukkan telur, bebola ikan dan ikan bilis yang digoreng tadi. Gaulkan rata dan Siap untuk dihidangkan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Lala masak mentega bersama krim yang sangat padu.

Info: Jenis sambal ni boleh juga untuk memasak sambal udang, sambal sotong, sambal ikan, sambal ikan bilis, sambal nasi lemak atau apa-apa jenis sambal untuk mengoreng mee, kuey teow atau bihun. Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.