Resepi untuk membuat Spageti Carbonara Berkrim bersama sosej dan cendawan. Padu dan Pekat!

Kami kongsikan kepada anda resepi untuk membuat Spageti Carbonara Berkrim bersama sosej dan cendawan. Padu dan Pekat! Resepi ini boleh cover untuk 6 hingga 8 orang makan.

Percaya Atau tidak dengan bahan dan cara memasak Speghetti Carbonara ini anda akan mendapat rasa seperti citarasa hotel. Ianya tidak muak, malah rasanya lebih berkrim tanpa mengunakan tepung. Kepekatan kuahnya dari susu dan krim pasta. Jika tidak ada krim pasta,anda boleh mengantikannya dengan krim masakan (cooking cream).

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan untuk membuat kuah Carbonara yang diperlukan adalah:

  • 1 paket speghetti kering.
  • 700ml susu full krim.
  • 600 krim pasta atau krim masakan.
  • Sausage dipotong.
  • Cendawan butang dipotong.
  • Bawang putih 4 ulas dicincang.
  • Minyak zaiton 2-3 sudu besar.
  • Parsley atau italian herbs 2 sudu kecil.
  • Parmesan cheese jika mahu.
  • 1 kiub ayam.

Cara memasak kuah Carbonara:

  1. Panaskan minyak zaiton dant tumiskan bawang putih.
  2. Masukkan sosej dan cendawan butang dan masak sehingga sedikit layu.
  3. Masukkan kiub ayam, susu dan pasta krim. Masak sehingga sedikit pekat dan masukkan parsley atau italian herbs.
  4. Tutup api. Perasakan dengan garam jika suka.
Baca juga :  Tergoda selera bila tengok gambar. Pasti Spaghetti Aglio Olio akan lebih sedap dengan resepi ini.

Bahan-bahan untuk memasak spageti:

  • 1 paket speghetti.
  • ½ Sudu garam.
  • 1 sudu besar minyak masak.
  • Air secukupnya untuk memasak speghetti.

Cara memasak spageti:

  1. Didihkan air kedalam periuk dan masukkan garam dan juga sedikit minyak.
  2. Masukkan speghetti dan kacau sehingga tidak ade helaian speghetti yang melekat dan tenggelam dibawah permukaan air. Kacau lagi sehingga tidak ada helaian speghetti yang melekat.
  3. Masa anggaran memasak adalah antara 12 hingga 15 minit. Jika suka texture yang lebih lembut boleh lebihkan masa memasaknya.
  4. Angkat dan toskan speghetti kemudian ketepikan.

Cara penyediaan Spageti Carbonara:

  1. Sediakan kuali dan masukkan kuah carbonara secukupnya.
  2. Kemudian, masukkan mi speghetti dan gaul sebati dan masak sehingga sedikit pekat.
  3. Apabila sudah sedikit pekat, angkat dan hidangkan didalam pinggan. Taburkan keju parmesan dan parsley.
  4. Akhir sekali, boleh dijamu bersama yang tersayang. Selamat menjamu selera.
Baca juga :  Resepi lengkap untuk membuat Nasi Briyani Padu bersama Kari Kambing / Ayam Viral Adabi. Pasti puas hati.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.