Resepi dan cara untuk membuat Sambal Nasi Lemak sesedap rasa untuk anda cuba.

Mak mertua aku nie gelang emas dia takde pulak nak bagi kat aku tapi kalau nak makan tahu pulak suruh aku masak. Amboi banyak cantik, nasib sayang kat mak mertua kalau tak sayang aku letak ajer kat beg kuning tiktok. Jomlah kita masak sambal nasi lemak untuk mertua dan keluarga. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Yayar B. Awang Noh.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ikan bilis kopek setengah kg.
  • Cili kering kisar 1 mangkuk.
  • Bawang putih 10 ulas dan bawang besar 4 labu (dikisar).
  • Seketul belacan dan segengam ikan bilis (dikisar).
  • Daun pandan.
  • Sos cili 3 sudu besar.
  • Sos tomato 3 sudu besar.
  • Nise(gula melaka) 4 keping.
  • 2 asam keping.
  • 3 labu bawang dipotong bulat.

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak. lebihkan sedikit agar sambal kita tahan lebih lama.
  2. Masukkan daun pandan sehingga naik bau.
  3. Masukkan bawang besar dan bawang putih yg dikisar.
  4. Masukkan belacan dan ikan bilis yg dikisar. Tumis bahan sehingga naik bau dan warna keperangan. Masukkan asam keping.
  5. Masukkan cili kering kisar. Masak sehingga pecah minyak.
  6. Masukkan terus nise biar mencair dalam sambal.
  7. Masukkan sos cili dan sos tomato.
  8. Masukkan ajinomoto.
  9. Masukkan ikan bilis dan bawang yg dipotong bulat serta biarkan sambal mengelegak dan perlahankan api
  10. Masukkan garam.
  11. Kacau dan tunggu sehingga sambal pekat dan masak. Sambal pecah minyak bila cukup rasa masin dan manis. Dah siap.
Baca juga :  Resepi Lengkap Nasi Lemak Utara bersama sambalnya yang terbaik. Buat setiap hari pun berbaloi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.