Ada Roti Lebih? Jom kita cuba Cucur Roti Ikan Bilis. Pastinya Tak Cukup Sepinggan Dek Kesedapanya Nanti.

Ada Roti Lebih? Jom kita cuba Cucur Roti Ikan Bilis. Pastinya Tak Cukup Sepinggan Dek Kesedapanya Nanti. Biasa buat cucur bilis letak tepung gandum dan tepung beras je tapii kali ni kita kasi up sikit ye. Letak roti pula. Memang sedap, rangup dan pastinya tak serap minyak pun. Anak-anak suka sangat, kejap je licin sepinggan. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Iza Au Bakar. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 5 keping roti.
  • 1 cawan tepung gandum.
  • 1/2 cawan tepung jagung.
  • 1/2 cawan tepung beras.
  • 1 genggam ikan bilis di tumbuk kasar.
  • 3 ulas bawang merah di tumbuk kasar.
  • 2 ulas bawang putih di tumbuk kasar.
  • 1 tangkai cili besar merah di tumbuk kasar.
  • Garam secukup rasa.
  • Air sejuk secukupnya.
  • Minyak untuk menggoreng.
Baca juga :  Nama menu ni Roti Heaven. Kesedapannya tengok gambar pun dah boleh tahu. Apa lagi jom la cuba!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Roti dikoyak-koyak kecil dan diletakkan di dalam bekas.
  2. Kemudian, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung beras ke dalam bekas roti tadi dan gaul rata dan sebati.
  3. Masukkan bahan yang telah ditumbuk kasar tadi dan garam secukup rasa. Sambung gaul hingga adunan menjadi sebati. Masukkan air sejuk dan gaul sebati lagi.
  4. Panaskan minyak dalam kuali dan sudukan adunan dan goreng cucur kita sehingga kekuningan atau agak garing. Angkat dan toskan.
  5. Dah siap, jadi bolehlah kita cicah dengan sos cili ataupun mayonis.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Bingka Roti Kukus. Insha Allah Sedap dan berbaloi untuk dicuba.

Selamat mencuba semua. Bagi yang nak SHARE, dipersilakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.