Resepi Sambal Paru Berlado

Cara dan resepi untuk membuat Paru Goreng Berlado. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1/2 kg paru – direbus dulu, kemudian potong kecil dan goreng hingga garing.
  • 30 biji cili padi hijau.
  • 6 biji bawang merah.
  • 4 ulas bawang putih.
  • Seinci belacan.
  • Seinci halia.
  • 1/2 sudu kecil asam jawa adabi.
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara penyediaannya:

  1. Tumbuk bawang, halia, belacan dan cili hingga separuh lumat. Kasar-kasar sikit baru sedap rasa dia.
  2. Panaskan minyak dan tumis sehingga ia sedikit garing. Masukkan garam, gula dan asam jawa. Kacau sebati.
  3. Boleh masukkan paru tadi. Gaul sehingga paru semuanya sebati dengan sambal. Dah siap! Selamat mencuba.
Baca juga :  Resepi Ayam Masak Cili Padi yang membangkitkan selera anda. Nasi tambah mesti punya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.