Resepi Ayam Buttermilk yang sedap dan menyelerakan

Haiii lama dah saya tak share resepi dekat sini. Nak taip resepi pun rasa macam kekok aje haha. Okay tidak mengapa, sis cuba okay!Doakan sis rajin update resepi banyak banyakkk lepas ni.

Ayam masak butter adalah kegemaran kami suami isteri. Pinggan nasi, pinggan ayam wajibul licin tak tinggal sisa. Nampak tak dia punya level kegemaran tu macam mana, bukan biasa-biasa boss. Okay jom tengok resepi di bawah.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nik Azidah. Terima kasih.

BAHAN-BAHAN A:

  • 3 bahagian isi ayam dipotong kecil.
  • 3 sudu besar butter.
  • 4 biji cili padi dihiris (kalau nak pedas boleh tambah lagi).
  • 2-3 tangkai daun kari.
  • 4 ulas bawang putih dicincang halus.
  • 1 cawan susu cair (kalau nak kuah lebih boleh letak 1 tin).
  • 2 sudu teh serbuk cukup rasa. Kalau tak ada, boleh letak gula dan garam secukup rasa.
Baca juga :  Resepi Kari Ayam Tanpa Santan yang Sedap

BAHAN-BAHAN B (UNTUK PERAP AYAM):

  • 1 biji telur.
  • 3 sudu teh serbuk kari.
  • 2 sudu teh tepung gandum/tepung jagung/tepung beras.
  • ½ sudu teh garam.

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan-bahan B di dalam satu mangkuk, masukkan ayam dan gaul rata. Perap lebih kurang setengah jam.
  2. Goreng ayam tadi sehingga masak dan ketepikan.
  3. Panaskan kuali dengan butter. Masukkan bawang putih, cili, dan daun kari. Tumis sehingga wangi.
  4. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih dan masukkan serbuk cukup rasa.
  5. Masukkan ayam dan masak seketika sehingga kuah agak sedikit pekat.
  6. Okay siap. Selamat mencuba!
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Goreng Bawang. Wangi je ayam ni, garing pula tu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.