Resepi dan cara untuk membuat Kerabu Taugeh yang sedap dan menyelerakan

Masih teringat-ingat saat makan kenduri di Dungun yang ada kerabu taugeh tu. Rasa macam nak makan lagi harini. Kebetulan semalam buat bakso ada lebihan taugeh, so cheyah jadikan kerabu.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 mangkuk taugeh (cheyah beli seringgit).
  • 1/2 mangkuk kelapa parut yang digoreng tanpa minyak.
  • 3 batang kacang panjang dipotong halus.
  • 4 ekor ikan selayang dibakar tawar.
  • 3 biji bawang merah.
  • 2 ulas bawang putih.
  • 4 biji limau kasturi.
  • 5 biji cili padi hijau dipotong halus.
  • Garam dan gula secukup rasa.
Baca juga :  Resepi Kari Ayam Tanpa Santan yang Sedap

Cara penyediaannya:

  1. Tumbukkan bawang putih dan bawang merah sehingga lumat. Masukkan ikan selayang yang dah diasingkan isi dengan tulang. Tumbuk biar ia lumat.
  2. Gaulkan bahan tumbuk dengan kelapa parut. Kemudian, tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Masukkan kelapa yang digaul tadi ke dalam taugeh. Tambah kacang panjang dan gaul sebati. Kat sini boleh try lagi kot nak tambah gula garam jika rasa tak ngam lagi.
  4. Boleh masukkan cili hijau yang dipotong halus dan perahkan asam limau kasturi. Kacau lagi sehingga ia sebati. Dah siap! Selamat menjamu selera.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal / Kerabu Kacang Panjang Chiang Mai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.