Resepi Dan Cara Membuat Sambal Goreng Jawa

Sambal goreng macam ni pembuka selera sangat. Berkali kali dah masak dalam bulan puasa yang lepas. Ada yang suka sambal ni jugak tak?

Saya sertakan resepi di bawah ni ya. Resepi dari kawan saya share sebab yang ni paling kena selera dalam banyak-banyak resepi. Selamat mencuba Resepi Sambal Goreng Jawa.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Kentang, Tempe dan Tauhu secukupnya.
  • Cili kisar sedikit.
  • Serai dan Halia secukupnya.
  • Kicap.
  • Suhun dan Fucuk.
  • Cili besar.
  • Bawang putih dan Bawang merah.
  • Kacang panjang.
  • Santan secukupnya.
Baca juga :  Resepi Ayam Masak Halia

Cara untuk membuatnya:

  1. Goreng Kentang, Tempe dan Tauhu dahulu sehingga masak.
  2. Kisar Bawang besar sebiji, Bawang putih 3 ulas, sedikit Halia dan sebatang Serai sehingga hancur.
  3. Kemudian, tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau.
  4. Selepas itu, masukan cili kisar dalam satu atau dua sudu sahaja.
  5. Masukkan kacang panjang diikuti Kentang, Tempe  dan Tauhu yang telah digoreng tadi.
  6. Masukkan Suhun  dan Fucuk pula. Kemudian bubuh santan sikit. Ikut kesukaan anda sama ada nak sambal goreng jawa ni basah atau kering boleh adjust mengikut santan.
  7. Akhir sekali masukan kicap dan perasa. Rasa kesemuanya untuk seimbangkan. Bila dah siap boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamt mencuba.
Baca juga :  Kesedapan nasi lemak terletak pada sambalnya. Ini cara untuk membuat Sambal Nasi Lemak yang tersedap.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nina Syakira. Terima kasih ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.