Kuih Lejen ni pastinya ramai peminat. Jom buat sendiri Kuih Tiram yang popular sepanjang zaman!

Pendapatan sampingan yang saya buat. Kuih ni kuih lejen je tapi alhamdulillah masih ramai peminat setianya. Saya buat 2 perasa. 1 yang original salut gula dan 1 lagi campur kacang tanah kisar dan gula. Saya sertakan resipi cara saya ye. Saya halalkan ilmu pada sahabat semua. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Aznor Aznora. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 bungkus tepung gandum cap ros.
  • 6 Sudu makan marjerin dicairkan.
  • 1 biji telur dikacau dulu.
  • 1 sudu makan garam.
  • Air sejuk secukupnya. Saya guna air sejuk coway je.
  • Minyak masak*.
  • Tepung ubi*.
  • Minyak untuk menggoreng.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Tepung Bunga. Kuih Tradisional daripada Terengganu.

Cara-cara untuk membuatnya.

  1. Gaul bersama bahan yang bertanda * sehingga sedang-sedang pekat untuk dijadikan sapuan pada tepung nanti.
  2. Tuang tepung gandum kedalam bekas kosong kemudian buat bulatan ditengah-tengah.
  3. Letakkan garam di lubang tersebut kemudian masukkan marjerin panas kedalam lubang tepung tadi. Kacau dengan senduk bagi garam hancur baru ratakan pada semua tepung.
  4. Ramas-ramas adunan sehingga menjadi seperti serbuk roti kemudian tuang telur gaulkan sekejap baru curahkan air sejuk tu sikit demi sikit.
  5. Uli sampai adunan menjadi doh sedang-sedang lembut. Lepas tu boleh canai untuk di sapu dengan minyak dan tepung ubi yang sudah di bancuh tu.
  6. Kemudian gulung-gulung baru dipotong dan dilenyek kemudianya digoreng sehingga masak.
Baca juga :  Resepi Beef Teppanyaki lengkap dengan rasa Ajinamoto

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.