Resepi Bread Butter Pudding (Versi Bakar)

Sy nak share resepi puding roti yang saya buat jual. Tak mintak banyak pun tolong doakan saya sekeluarga dimurahkan rezeki dan saya dikurniakan zuriat. Terima Kasih semua

Kat bawah sekali ada info saya sertakan. Resepi Bread Butter Pudding (Versi Bakar).

Bahan-bahan puding:

  • Roti Gardenia Pek Bonanza.
  • Susu segar/full cream 3 atau 4 cawan.
  • Telur Gred A 3 atau 4 biji.
  • Gula 3 hingga 4 sudu besar (gula ejas tahap manis yang anda nak).
  • Esen vanila.
  • Butter 3 hingga 4 sudu besar (saya cairkan).
  • Topping boleh letak mix fruits/kacang/coklat chip.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan susu, telur, gula, esen vanilla pukul guna whisk jer.
  2. Dah sebati tapiskan, kemudian masukkan butter yang telah di cairkan tadi kacau-kacau sikit.
  3. Roti 3 keping setiap bekas, potong 4, susun dalam bekas, tuangkan bahan puding tadi setiap bekas bagi rata, tekan-tekan sikit guna spatula bagi meresap.
  4. Tabur topping di atas, kemudian bakar 30 hingga 40 minit pada suhu 150-170 darjah (ikut oven masing-masing ye).

Bahan-bahan untuk Sos Kastard:

  • 1 tin susu cair.
  • 2 sudu besar tepung kastard.
  • 1/2 cawan air.
  • 3 hingga 4 sudu besar gula (yang ni ikut tahap manis yang nak).
  • Sedikit esen vanila (creamy vanilla best sikit).
Baca juga :  Roti Cinnamon Roll Yang Mudah dengan Menggunaan Roti Paratha Segera Sahaja! Sedap Beb.

Cara-cara membuatnya:

  • Campur tepung kastard dengan air, kemudian campur semua bahan masak atas api sehingga pekat. Part ni paling malas, Kena selalu kacau-kacau, api kecik je jangan kuat sangat nanti hangit.

Info tambahan:

  • Resepi ni saya refer resepi-resepi dalam FB/Google dan ejas cara saya.
  • Kalau guna roti bonanza 1 bungkus tu boleh dapat 6 bekas kecik (kalau nak buat 2 bekas saja boleh buat 1 cawan susu, 1@2 biji telur).
  • Size 10” roti bonanza 1 bungkus (adunan 4 cawan susu, telur saya selalu lebihkan sebiji).
  • Size 9” pun boleh guna roti yang pek kecik tu (adunan 3 cawan susu, telur pun saya lebihkan sebiji).
  • Butter kalau tak nak cairkan boleh sapu pada setiap roti. Saya malas nak sapu satu-satu saya tuang terus yang cair senang.
  • Sos kastard kalau nak lebih gandakan 2 kali bahan ye.
Baca juga :  Resepi untuk membuat Roti Bun Planta yang sangat gebu. Rasa sebiji pasti nak lagi.

Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Syazwani Bakri. Terima kasih puan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.