Cara untu membuat Kuih Cucur Badak

Assalamualaikum, disini saya share resepi cucur badak mugkin ade rakan-rakan yang nak try. Saya izin dan halalkan. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nadrah Miey. Terima kasih.

Bahan-bahan untuk inti kelapa:

  • 1/2 kilo Udang Kapas yang kecil.
  • 2 biji kelapa parut. Jangan kelapa yang terlalu tua ya.
  • 20-25 tangkai cili kering.
  • 5 batang serai.
  • 5-6 biji bawang merah.
  • 1 biji bawang besar.
  • Sedikit kunyit hidup.
  • 1 sudu kecil jintan manis.
  • Garam, gula dan serbuk perasa.

Cara untuk membuat inti kelapa:

  1. Mesin semua bahan kecuali udang, bahan perasa, kelapa parut. Masak sekejap diatas api baru masukkan kelapa yang dimesin sekejap. Jangan lama, nanti halus sangat tak sedap.
  2. Kacau dalam 5-10 minit baru masukkan udang. Kacau lagi sampai hampir kering tambahkan garam, gula, perasa (kalau guna). Ikut selera masing-masing nak pedas or manis sikit ke.
  3. Kacau hingga agak kering dan angkat dan sejukkan sebentar.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Kasui / Kaswi / Kosui

Bahan-bahan untuk doh/kulit:

  • 1 kg keledek. Saya guna yang oren sebab manis.
  • 1 cawan tepung gandum ikut kesesuaian.
  • Sedikit serbuk penaik.
  • Sedikit garam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kupas kulit keledek, potong ketul-ketul kecil sikit supaya cepat empuk bila rebus. Air sama paras dengan keledek jangan banyak sangat nanti lembik. Letakkan secubit garam.
  2. Rebus hingga air hampir kering kemudian angkat. Biar sejuk baru lenyekkan. Tambahkan serbuk penaik dan tepung sikit-sikit. Bila dah siap bulatkan sama saiz.
  3. Leperkan masukkan inti dan bulatkan kembali. Tabur sedikit tepung atas tray atau talam.
  4. Agar adunan yang dibulat tadi tak melekat ketika angkat menggoreng. Dah siap goreng dengan api sederhana panas.
Baca juga :  Resepi Kuih Lompang Gula Merah

Siap untuk dijamah. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.