Cara untuk membuat Pandan Scone Gula Melaka. Sedapnya bila teringat makan di Cameron Highland.

Hai semua. Nak pi Cameron Highland tea farm dalam mimpi aje lah ye. PKPB di rumah aje kita. Depa kata scone sana sedap. Tak pa, banyak kali dah makan hat sana.

Hari ni rasa scone kita buat sendiri, pun sedapnya padan dengan gula melaka, kita tak guna jem. Lain dari lain gitu. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Julia Aleen Aireish. Terima kasih.

Bahan-bahan untuk scone:

  • 2 1/2 cawan self raising flour.
  • 1/4 cawan fresh milk.
  • 115 gram mentega dari peti ais dipotong kiub kecil-kecil.
  • 1/2 sudu kecil pes pandan nona manis.
  • 1 biji kuning telur – untuk sapuan/glaze.

Bahan untuk gula melaka:

  • 100 gram gula melaka dipotong kecil.
  • 1 sudu besar gula pasir.
  • 2 sudu besar santan.
  • 1 cawan air .
  • 1 helai daun pandan disimpul.
  • 2 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan sedikit air .

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan tepung naik sendiri dengan mentega, gaul guna hujung jari, masukkan fresh milk sedikit-sedikit hingga dapat hasil seperti serbuk roti. Fresh milk boleh ganti guna susu cair.
  2. Kemudian uli, masukkan pes pandan uli hingga jadi doh lembut.
  3. Tabur tepung, canaikan tipis memanjang lebih kurang 2cm kemudian lipat dua. Ulang step sama, tabur tepung, canaikan & lipat dua sebanyak 4 kali.
  4. Terap doh guna acuan ikut kesukaan, saya guna acuan bulat sahaja. Susun atas loyang dan sapu atasnya dengan kuning telur.
  5. Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu, bakar suhu 190 selama 15 minit. Jangan bakar garing sangat, nanti scone jadi keras.
Baca juga :  Resepi Agar-agar Santan Gula Melaka. Makan sejuk-sejuk memang best tau!

Untuk membuat Sos Gula Melaka:

Satukan air, gula melaka, gula pasir dan daun pandan. Masak hingga gula hancur. Akhir sekali masukkan santan dan bancuhan tepung jagung kacau-kacau, siap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.