Resepi paling laku keras dan ketagih ni. Ikan Bilis masak asam jawa yang pedas dan rangup. Padu sangat tau!


1 lauk nih mudah disediakan. 1 lauk ni boleh menjadi rebutan. 1 lauk ni boleh menambah nasi. 1 lauk ni hari-hari makan pun tak jemu. 1 lauk nih orang berpantang pun boleh makan. 1 lauk ni yang demam pun berselera untuk makan. 1 lauk nih, tak kira siapa pun pasti mengemarinya.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 gengam ikan bilis dicuci dan toskan.
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat.
  • 1 batang cili merah dipotong serong.
  • 1 batang cili hijau dipotong serong.
  • 3 ulas bawang putih diketuk.
  • 1½ sudu besar asam jawa ditambah 1 cawan air.
  • 1 sudu besar gula.
  • 1 sudu kecil serbuk perasa Knorr.
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam.
  • ½ cawan minyak masak.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Bilis Garing yang sesuai dimakan bersama dengan apa sahaja. Sedap sangat!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panasakan minyak ½ cawan dan gorengkan ikan bilis sehingga rangup.
  2. Masukkan bawang putih dan masak sehingga kekuningan.
  3. Masukkan perahan asam jawa, serbuk lada hitam dan serbuk perasa.
  4. Akhir sekali masukkan bawang merah, cili merah, cili hijau dan gula. Gaulkan sebati dan masak sehingga puas hati. Dah siap dihidang.

Selamat mencuba.

 

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.