Resepi Nasi Ayam Gepuk bersama Sambal Kacang sedap ala Pak Gembus!

Hai Assalamualaikum. Hari ni saya berjaya masak Nasi Ayam Gepuk Ala Pak Gembus. Saya suka sgt sebab dia lain sikit kerana ada kacang manis dlm sambalnya yg pedas gile tu. Musim PKP ni mmg kita tak leh nk ke sana sini, tapi selera masing-masing pun bukan reti duk rumah. Ada je dlm kepala nk makan apa. Saya rajin nak tulis resepi hari ini.

Nasi Ayam Gepuk Ala Pak Gembus.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • Ayam 1 ekor potong 4.
  • Biji ketumbar, jintan manis, jintan putih (1 sudu besar semua).
  • Bawang putih 3 hinga 4 biji, bawang besar 1 biji.
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit.
  • Garam, gula.

Cara membuatnya:

  1. Blend semua dan gaul pada ayam. Rebus separuh masak dan simpan semalaman. Rasa ayam lagi sedap. Tapi kalau nak masak cepat, rebus ayam sehingga masak. Goreng ayam sehingga garing di luar lebih kurang 5 minit sebab ayam dah masak.
  2. Cili padi hijau, merah 7 hingga 15 biji, cili besar merah 2 biji, goreng semua sehingga layu. Blend atau tumbuk. Tambah garam, gula, perahan limau kasturi. Rasa ikut kesesuaian pedas yang digemari.
  3. Kacang tanah di goreng, di kisar bersama 2 sudu kecil gula. Dah siap campurkan dengan sambal tadi. Nak letak asing atas ayam pun boleh.
  4. Tempe dan tahu di potong dan di perap dengan air perapan ayam tadi di campur sedikit tepung gandum dan tepung jagung. Goreng sehingga garing. Potong sayur kacang panjang dan kobis sebagai ulam.
  5. Makan ketika ayam masih panas-panas. Memang sedap dan berapi.
Baca juga :  Cara Membuat Kuey Teow Goreng Kering Sedap

Selamat mencuba semua. Saya halalkan ilmu hari ini. Kalau saya boleh, semua pun boleh.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Dila Noordin. Terima kasih.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.