Cara untuk membuat Cendol dengan senang dan sedap. Minuman penyegar ketika berbuka!

Resepi Cendol Mudah! Guna botol buat roti jala je. Kami kongsikan cara dan resepi untuk anda semua cuba. Selamat memasak ya.

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan tepung beras.
  • 1 sudu tepung jagung.
  • 3 cawan air pandan.
  • Secubit garam.
  • 1 sudu kecil air kapur.
  • Sedikit perwarna hijau.

Cara Membuat:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat. Kacau selalu supaya tidak hangit.
  2. Sediakan bekas yang berisi air sejuk.
  3. Masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk.
  4. Simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais.
Baca juga :  Resepi Puding Cendol Gula Melaka. Makan sejuk-sejuk memang terbaik ah!

Cara Buat Air Cendol:

  1. 1/2 kilo pati santan segar lepas tu letak secubit garam (tak perlu masak, cuma tambah ketulan ais supaya tahan lebih lama sedikit).
  2. Air gula melaka campur gula merah dan masukan daun pandan (dimasak lama, lebih kurang 1 jam).
  3. Untuk melikatkan campur dengan sedikit bancuhan tepung jagung.
  4. Hidangkan bersama kacang merah, jagung manis, dan bahan tambahan lain ikut citarasa anda.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Julaiha Yusoff. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.