Cara lengkap untuk membuat Rendang Ayam yang paling sedap, padu dan terbaik.

Siap rendang ayam untuk bawak pegi keje esok. Masak malam ni sebab esok takut tak sempat. Ada india tempat keje tu request nak rendang ayam. Dia suka sangat rendang tapi tak pandai buat.

So kakak buatkan la untuk dia. Rendang tu nampak berminyak sebab tumis bahan-bahan dia lama. Rendang ni tumis lama lagi sedap. Bila masukkan ayam elok sebati dan sedap. kalau ada yang tak suka masak rendang macam ni jangan komen macam-macam ya. Kakak share resepi rendang kakak buat ye. Kakak dapat resepi ni pun dari makcik masa keje kedai makan dulu. Terima kasih Cik Biah. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Senz Ahmad.

Baca juga :  Cara untuk membuat Lala Masak Rendang Pecah Telur. Boleh habis sekuali kalau dah mula makan!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 ekor ayam.
  • 8 batang serai*.
  • 5 biji bawang besar*.
  • 3 biji bawang putih*.
  • 1 inci halia*.
  • 1 inci lengkuas*.
  • 4 sudu cili blend.
  • 2 asam keping.
  • 5 sudu kerisik.
  • 500g santan.
  • 2 sudu serbuk kari ayam.
  • 1 sudu serbuk jintan manis.
  • ½ sudu serbuk kunyit.
  • 4 helai daun kunyit.
  • 2 tangkai daun limau.
  • 1 batang kulit kayu manis.
  • 1 kuntum bunga lawang.
  • Garam, Gula dan Aji secukupnya.

Cara-cara membuatnya:

  1. Kisar halus bahan bertanda *.
  2. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bahan bertanda * dan cili blend. Biarkan seketika. Masak dengan api yang perlahan.
  3. Masukkan serbuk kari, serbuk jintan manis, serbuk kunyit dan perasakan dengan garam, gula dan aji.
  4. Boleh tambahkan secawan air. Tumis sehingga pecah minyak dan sedikit kering.
  5. Masukkan daun limau dan kerisik.
  6. Masukkan ayam dan asam keping. Biarkan dalam 5 minit dan terus masukkan santan.
  7. Setelah masak taburkan daun kunyit yang telah dihiris halus. Kaup balik dengan perlahan dan biarkan dalam 3 minit. Siap!!!
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Masak Madu yang tersangat mudah. Kegemaran anda seisi keluarga.

Selamat menjamu selera dan selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.