Cara membuat Ayam yang juicy untuk lauk Nasi Ayam

Harini nak tunjuk skill buat ayam untuk Nasi ayam. Korang lagi terer dari Yani ni. Yang Mana tak tahu boleh je cikedot resepi ni. Simple tapi Soo sedapp.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Iryani Zaki. Terima kasih.

Bahan rebusan ayam:

  • 2 ulas bawang putih.
  • Bawang besar 1 labu.
  • 3 sekawan.
  • Sup bunjut.
  • 1 inci halia.
  • Ayam.
  • Kiub pati ayam.

Bahan perapan ayam:

  • Ayam yang dah direbus.
  • 1 senduk kuah sup.
  • Kicap manis.
  • 1/2 senduk kicap pekat (Yani Guna Jalen).
  • 1/2 senduk sos cili.
  • Separuh Nisang (gula melaka). Ni yang dijadikan ayam sangat sedappp.
Baca juga :  Resepi Sup Tulang Adabi yang sedap dan ringkas

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumiskan 3 sekawan, Bawang putih, halia dan bawang besar yang dah dimayang. Masukkan sup bunjut Air dah mengegelegak, baru Masukkan ayam.
  2. Rebus sehingga ayam dah masak. Sup digunakan untuk buat sambal kicap, sambal air lada dan nasi.
  3. Angkat ayam dan toskan. Satukan bahan perapan ayam. Masukkan ayam biarkan selama 30 minit. Kicap perapan boleh dijadikan. Sambal kicap untuk makan bersama Nasi ayam.
  4. Bakar dalam pemanggang ajaib sekejap je. Sebab ayam dah masak Masa direbus.
  5. Angkat Dan makan bersama Nasi ayam. Masak nasi, basuh beras letak marjerin dan air rebusan ayam.
  6. Done. Ayam juicy bakar sedap di makan dengan nasi panas. Makan gitu pun sedap. Yani bagi share.
Baca juga :  Resepi Ayam Rica Rica. Masakan asli Indonesia yang panas, pedas dan padu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.