Cara untuk membuat Telur Rebus Goreng Cili Kering berempah. Mudah dan cepat untuk disediakan.

Resepi masakan yang mudah, ringkas dan cepat disediakan. Tak pikir panjang dah. Semua bahan semestinya ada dirumah. Jom kita masak. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 6 biji telur direbus dan dibuang kulit.
  • 2 batang daun kari.
  • Cili kering 10 – 15 batang. Direndam air panas dan dikisar kasar atau tumbuk.
  • Serbuk Kari daging 2 sudu besar.
  • Serbuk Belacan 1½ sudu kecil.
  • 1 biji tomato dibelah 4 atau 6.
  • Bawang putih 2 ulas dihiris.
  • ½ biji bawang besar dihiris.
  • Ikan bilis 2 sudu besar (jika suka).
  • Gula 1 sudu besar dan garam secukupnya.
  • Serbuk perasa knorr atau Secukup Rasa Maggi.
  • Air asam jawa 1 sudu besar.
  • 2 atau 3 sudu besar santan kotak (jika suka).
  • Minyak masak sedikit untuk menumis.
Baca juga :  Resepi Telur Rebus Air Asam yang padu! Jom la cuba. Boleh jadi menu paling power untuk anda nanti.

Cara-cara untuk memasaknya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan daun kari. Tumis sehingga naik bau dan menjadi keperangan.
  2. Kemudian, masukkan cili kering yang dikisar tadi. Masak lagi sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan serbuk kari. Masakkan rempah dengan sempurna dan sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan air asam jawa, serbuk belacan, gula, garam dan serbuk perasa. Seimbang rasa yang di mahukan. Boleh masukkan ikan bilis jika suka.
  5. Akhir sekali, masukkan telur dan tomato. Gaul dan masak sehingga rasa seimbang dan puas hati. Boleh angkat dan siap untuk dihidangkan.
Baca juga :  Kesedapan nasi lemak terletak pada sambalnya. Ini cara untuk membuat Sambal Nasi Lemak yang tersedap.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.