Resepi Masak Lemak Pegaga bersama Keledek. Resepi kampung paling enak!

Antara menu kegemaran kak Has ialah masak lemak pegaga campur keledek. Tambah pulak dengan lauk sambal dan ikan masin. Fuhhh sedap tu buat berbuka nanti. Cara nak buatnya mudah saja. Jom kita cuba resepi yang telah dikongsikan oleh  Puan Hasniza Hassan. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 5 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih dikisar.
  • Segenggam ikan bilis.
  • 2 sudu besar ikan bilis tumbuk.
  • Keledak dibersih dan dipotong-potong.
  • Pegaga dibasuh bersih diambil daun dan sebahagian tangkainya.
  • Garam dan sedikit gula perang (kalau nak) secukup rasa.
  • Cili merah hiris buang biji.
Baca juga :  Cara untuk membuat Gulai Pucuk Labu Masak Lemak. Confirm nasi tak cukup sepinggan dek kesedapanya!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Keledek yang dah dibersihkan dan dibuang kulit kemudiannya dipotong-potong. Yang ni kak Has guna 2 biji keledek. Kemudian, Rebus dulu keledek sampai empuk.
  2. Dah empuk, masukkan santan pekat dalam 1 cawan dan santan cair, ikan bilis dan cili merah potong. Biarkan santan mendidih.
  3. Pegaga dipetik daun dan sedikit tangkainya. Tangkai tak perlu ambil semua. Yang ni kak Has masukkan dalam 5 ikat pegaga yang dibeli di Pasar Tani pagi tadi hehe. Nampak je banyak tu, bila buh dalam periuk jadi sikit.
  4. Bila santan dah mendidih, masukkan pegaga, garam dan gula secukup rasa. Boleh tambah perisa kalau nak. Biarkan terus mendidih sekejap dalam 5-10 minit dengan api sederhana sambil mengacau. Sedap kalau ada lauk tambah ikan masin ni.
  5. Dah siap dan boleh dihidangkan bersama menu lain anda.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sayur Masak Lemak Lada yang sedap lain daripada yang lain. Kena cuba tau!

Selamat mencuba dan berbuka!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.