Resepi dan Cara Membuat Sandwich Telur Viral

Nanie share balik resepi egg sandwich viral yang telah di share hampir 20K baru-baru ni. Nanie telah terdelete posting tersebut tanpa sengaja. Harap repost ini dapat membantu korang dalam menambah pendapatan. Korang boleh share sekiranya bermanfaat.

Nanie nak share salah satu resepi makanan yang Nanie buat jualan, iaitu Egg Sandwich. Pernah menjadi sumber pendapatan Kami sekeluarga suatu ketika dulu. Banyak kenangan di sebaliknya. Nampak macam biasa-biasa je kan Egg Sandwich ni. Tapi korang tahu tak, sandwich ni dah jadi viral sekarang. Macam-macam jenis sandwich viral sekarang ni.

Korang boleh share supaya tak hilang resepi ni. Selamat mencuba korang. Nanie bagi resepi untuk 2 bundle roti yang besar ye.

Baca juga :  Resepi Kuey Teow Kungfu. Sangat enak dimakan panas-panas bersama keluarga.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 10 biji telur ayam direbus dan dilecek.
  • 1 senduk mayonaise.
  • 1 sudu teh lada sulah ajishio.

Caranya:

  • Mudah sahaja. Campurkan kesemua bahan diatas dan gaul sehingga sebati.

Bahan sampingan:

  • Tomato dipotong bulat.
  • Salad (Ikut suka nak guna salad pokok atau salad biji atau bulat).

Cara melapis:

  1. Sapu roti dengan mentega.
  2. Ambik sekeping roti, letakkan tomato.
  3. Letakkan sesudu bumbu bancuhan twlur dan letak atas tomato tadi dan ratakan.
  4. Letakkan sekeping salad di atas bancuhan telur dan last sekali letakkan roti.
  5. Potong serong 2 atau 4. Siap
Baca juga :  Resepi Ketam Masak Lemak bersama Nanas. Pasti terangkat rasanya beb! Cubalah.

*susunan roti: roti, tomato, bancuhan telur, salad, roti.

Korang nak tambah atau crab stick tu boleh jugak. Celur dulu sosej dan crab stick tu, potong kecil dan gaul sekali dlm bancuhan telur. Upkan sikit harga jualan. Selamat mencuba korang. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang ingin mencari pendapatan sampingan. Boleh jual kat rakan kat opis, kat jiran2. Kalau rajin memang boleh buat duit.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nanie. Terima kasih.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.