Cara lengkap dan mudah untuk membuat Pai Daging Carbonara. Sedap dan mengenyangkan!

Cara lengkap dan mudah untuk membuat Pai Daging Carbonara. Sedap dan mengenyangkan! Saya tak pandai anyam tikar. Anyam atas pai pun jadi la. Sedap makan panas-panas. Selamat mencuba resepi dari Puan Nor Al Fatihah ini.

Bahan-Bahan Inti:

  • 2 sudu besar butter/marjerin.
  • 1 biji bawang holland di potong dadu.
  • 400 gm daging kisar.
  • 5 batang sosej di hiris nipis.
  • 1 tin cendawan butang di hiris nipis.
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam.
  • 350 gm Sos Pasta Prego Carbonara Mushroom.
  • 2 keping cheese.
  • 2 sudu besar tepung gandum.
  • 1 sudu besar gula.

Bahan-Bahan Kulit/Crust Pai:

  • 250 gm butter.
  • 5 sudu besar gula aising.
  • 1 sudu teh esen vanila – optional.
  • 3 cawan tepung gandum.
  • 1 sudu teh garam halus.
  • 3 sudu besar air ais.
  • 1 biji kuning telur + pewarna kuning – utk di sapu atas pai.
  • Sedikit bijan hitam – hiasan (optional).

Cara-cara membuatnya:

  1. Inti Pai~Cairkan butter/marjerin. Tumis bawang hingga layu. Masukkan daging kisar. Kacau hingga daging separuh masak. Masukkan sosej, cendawan & serbuk lada hitam. Kacau hgga masak. Campur sos pasta Carbonara Mushroom. Kacau sebati.
  2. Masukkan cheese. Kacau hgga larut & campur tpg gandum sbg pemekat. Kacau rata. Perasakan dengan gula utk balancekan rasa masin & sedikit manis kpd inti. Kacau hingga agak kering. Tutup api & sejukkan.
  3. Untuk Kulit/Crust Pai. Gaul tepung gandum, gula aising & garam. Campur butter & esen vanila. Gaul hingga menjadi seperti serbuk roti.
  4. Campur air ais & gaul sebati hgga menjadi doh. Balut dgn plastik wrap & simpan di dlm peti ais selama 1 jam sebelum di gunakan.
  5. Untuk loyang, saya guna loyang tart saiz 9 x 2 inci & sapu sedikit butter. Canai separuh doh hingga agak nipis. Kemudian, terbalikkan ke atas loyang perlahan-lahan. Kemas & ratakan.
  6. Tuang inti & ratakan. Buang di bahagian tepi kulit yg tidak di gunakan. Biar kulit sama rata dgn paras inti. Separuh doh lagi di canai & di potong memanjang menggunakan pemotong agar2. Kalau x ada, boleh potong lurus dgn pisau saja.
  7. Susun memanjang doh yg di potong tadi ke atas pai. Kemudian, anyam menjadi seperti bentuk tikar. Lebihan doh di potong memanjang lagi. Ambil 2 keping doh & pintal bersama.
  8. Hias pintalan tadi di sekeliling pai & sapu dgn kuning telur. Baki doh di tekap dgn acuan yg di sukai & hias di atas pai. Sapu kuning telur & tabur bijan.
  9. Bakar pada suhu 160-170°c selama 1 jam. Saya bakar api bawah dulu 50 minit di rak tengah. Kemudian, tukar api atas saja 10 minit pd suhu 140°c di rak paling bawah. Bakar hingga keperangan. Bergantung pada oven masing-masing.
  10. Potong & sedia di hidangkan panas2..di makan bersama sos cili atau di makan begitu saja.
Baca juga :  Resepi Nasi Ayam Gepuk Ala-ala Pak Gembus

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.